What is inside this blog ?

Monday, 7 September 2015

Masalah Problem


Laut mana tak bergelora, bumi mana yang tak hujan,
Perut mana yang tak lapar, mulut mana yang tak pernah sendawa kekenyangan.

Masalah pun macam tu. Sentiasa ada tak dijemput tapi pergi lepas dipujuk.

Aku pun tak kalis daripada masalah. Semakin meningkat umur semakin banyak yang perlu difikir. Kalau dulu time kecik kecik mana ada nak fikir nak makan apa, nak makan mana, duit ada berapa bagai sebab balik rumah pergi dapur semua dah ada. Time tu jugak belagak cakap tak sabar nak besar boleh duduk rumah sendiri ada kereta sendiri dan bebas kemana mana.

Tapi kita lupa, semakin tua semakin besar tanggungjawabnya. Sampai bila nak harap duduk bawah ketiak mak ayah. Sepatutnya kita pulak lah yang sara diorang. 

Berada di usia hujung senja remaja macam aku ni lagi lah terasa bahangnya. Hidup dalam kelas sederhana banyak mengajar aku untuk mengatur jalan kehidupan terutama dalam kewangan. Umur macam ni dah tak fikir dah nak ada weekly bowling, movies, dan makan makan kat kafe hipster macam budak budak Uni tu. Bukan kata tak buat langsung, tapi just sekali sekala lah, not frequently.

Di awal umur 20an, aku dan kawan seperjuangan di MAS ( known as MAB in NewCo ) ni dah terikat dengan hutang hampir RM100k tanpa jaminan kerja gara gara pertukaran CEO kompeni baru baru ni. Kalau dulu, jumlah sebanyak itu adalah berbentuk Biayaan dan akan 'burn' apabila kami 'serve' kompeni selama 10tahun selepas mendapat buku merah ( Lesen Jurutera Pesawat ). Biayaan tu pula sebahagiannya adalah berbentuk elaun bulanan kerana kami juga secara tak langsung membantu para 'Technician' dan 'engineer' untuk 'maintain' kapal setiap hari. Walaupun hanya tolong sikit-sikit, ( kadang kadang besar jugak ), rasa terbayarlah jugak kalau setiap bulan merasa 'gaji' kan?



Namun sekarang dah lain. Dengan En. Mueller sebagai CEO NewCo, kami terpaksa 'sign' a new bond agreement yang ringkasnya mengatakan kami perlu membayar semula jumlah 'training costs' selepas mendapat buku merah walaupun selepas itu kami ditawarkan untuk berkhidmat dengan NewCo ataupun tidak ditawarkan kerja sekalipun, bayar tetap bayar. Dan elaun bulanan sekarang dah tak jadi elaun dah, tapi dah jadi macam pinjaman wang saku which means segala kerja yang dibuat di hangar adalah free labour. Takpelah, ikhlaskan hati demi ilmu dan pengalaman.

RM 100K is not a main main deal my friends.

Well, di saat muda mudi lain sibuk berjimba sana sini, aku dan yang lain sedang berjuang untuk masa depan yang tak pasti. Bukan langsung tak bimbang, bukan tak takut. Tapi apa pilihan yang kami ada. Umur sudah terlalu tua untuk start semula dari awal seperti diploma dan kemahiran terutama untuk anak sulung macam aku. Banyak tanggungjawab lain yang perlu dikejar. Buat masa sekarang, usaha untuk mengejar buku merah yang tinggal hampir 40% lagi perlu dihabiskan. Lepas tu baru kita sambung sembang apa jalannya.

Jadi begitulah aku pun tak lari dari masalah cumanya aku ni jenis tak suka memeningkan kepala untuk fikir masalah ni semua. Bagi aku, life is simple, so take it simple. Bukan bermaksud untuk meremehkan hidup, tapi hadapilah hari hari dengan hati yang gembira walaupun masalah datang macam puaka. Hidup ni terlalu singkat untuk sibuk berfikir masalah yang tak habis. Selesaikan satu persatu dengan senyuman. Jangan sampai kita mati hanya terlalu sibuk mengejar masalah dunia.

Paling penting, yakin bahwa Rezeki itu milik Allah swt dan ada di mana mana,
Teruskan berusaha. Tawakal jangan lupa.

Kenn Ickmal.
Hantu atau buaya,


Monday, 17 August 2015

Nikmat Sebalik Musibah


Dalam 2 ke 3 tahun kebelakangan ni negara kita banyak ditimpa ujian satu selepas satu. Bencana alam seperti banjir besar, ribut taufan, kapal terbang ditembak, hilang, helikopter jatuh, and not to mention isu wan emdibi yang tengah panas sekarang ni. Ya, Malaysia dan seisi rakyatnya sedang diuji.

Siapa sangka banjir yang besar boleh berlaku di pantai timur hinggakan hampir keseluruhan Kelantan dinaiki air? Rumah dan kereta hanyut seperti mainan, ada yang bertindan sesama mereka malah ada yang hilang.



Siapa sangka MAS yang mempunyai reputasi baik di mata dunia boleh hilang kapalnya? Boleh ditembak jatuh kapalnya? 

Alam seolahnya begitu marah dengan nafsu serakah manusia yang tamak memamah tanpa henti. Mungkin seringkali peristiwa bencana ini misalnya dikatakan semula jadi oleh pakar pakar geologi.Namun sebenarnya, semua adalah Kuasa Allah swt yang Maha Perkasa.

Lalu kenapa Allah menimpakan bencana kepada hambaNya yang beriman dan tidak hanya kepada orang orang kafir? Jawapannya adalah di sebalik setiap takdir itu ada maksud hikmah yang tersembunyi. Pasti,

Namun bagi yang terlepas dari ujian ini, anggaplah apa yang berlaku itu menjadi teguran kepada kita. Kita masih sempat untuk meminta ampun kepada Allah atas segala kesalahan, membaiki ibadat seharian sekaligus meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNYA. Selain itu, kita yang selamat ini bertanggungjawab untuk menolong saudara saudara kita yang susah, kelaparan, hilang tempat tinggal, dan sebagainya.

Musibah ini antaranya adalah tanda kerinduan Allah pada hambaNya. Dia tidak sanggup melihat kita terus leka dengan dunia lalu dengan panuh kasih sayang Dia menarik kita. Bukan untuk merosakkan, tapi untuk menyelamatkan kita. Kerna kita manusia seringkali kembali kepada Allah bila ditimpa kesusahan, Manusia akan mula banyakkan doa, menambah amal mereka, berzikir sekaligus mengdekatkan diri kepada Allah swt.

Allah swt itu tidak zalim melainkan manusia itu sendiri yang zalim dengan diri mereka. Kita sokmo mengingkari perintah Allah dari sekecil kecil hingga sebesar besar larangan. Contohnya tidak solat, solat diakhir waktu, tak menutup aurat, dan sebagainya. Sedangkan perintah ini semua adalah untuk kebaikan kita sendiri. Agar kita sentiasa di landasan yang betul. Agar maruah kita ini terpelihara.
Lalu Allah kirimkan sedikit musibah agar kita muhasabah diri dan membuat koreksi atas kesilapan kita. Banyakkan istighfar agar musibah ini menjadi kaffarah kepada dosa dosa kita. Semoga dosa dosa kita terampun sebelum kita mati agar perjalanan di alam sana nanti lebih dipermudahkan. Beruntunglah kepada sesiapa yang SEDAR.

Musibah juga sebenarnya akan membuka mata manusia betapa besarnya nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Jika seseorang selalu dalam keadaan senang atau sihat, dia tidak akan tahu derita seseorang yang ditimpa ujian dan kesusahan. Dia juga takkan tahu betapa besarnya nikmat yang dia ada. Ujian yang datang itu dalam berbagai rupa dan pelbagai cara, Ada ujian yang kecil, sederhana dan besar. Namun bagi hamba Allah yang beriman, sekecil kecil ujian sudah cukup untuk membuka hati mereka untuk bersyukut dengan kurniaan dan mereka ada sekaligus mengikis rasa kuat, ujub, takbur dan sombong dalam hati mereka. Kita juga kan mengakui betapa kecilnya kita di dunia ini dan bagaimana kita boleh hidup tanpa bergantung kepada ALLAH yang Penyayang,

Sebagai contoh, sepasang suami isteri yang hidup cukup serba serbi ada rumah, makanan dan kenderaan mungkin diuji dengan kesusahan untuk mendapatkan anak, ( ujian kecil ). Sehebat mana pun hidup mereka pasti merasa ada yang masih kurang. Lalu ini menjadikan mereka tak putus berdoa dan berharap kepada Allah swt selain sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada.

Sebagai contoh lain, Sebuah keluarga yang besar dianugerahkan dengan anak anak yang ramai namun hidup mereka mungkin sedikit susah kerana faktor pekerjann yang bergaji kecil dan sebagainya. Kesusahan itu kalau diambil dari segi positif akan menjadi jambatan untuk mereka mendekatkan diri kepada ALLAH dengan doa dan ibadat yang berpanjangan selain usaha dan tawakal yang tidak putus putus untuk meningkatkan taraf keluarga.

Banyak lagi contoh contoh yang ada, Hanya buka mata dan lihat sekeliling kita. Tak perlu jauh, lihat apa yang kita ada pun sudah cukup, Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan ALLAH kerana dalam dunia ni masih ramai yang hidupnya jauh lebih susah lebih perit daripada kita, Kalau hari ini kita pening berfikir untuk makan apa, ingatlah masih ada saudara kita yang tak makan sampai berhari hari, Kalau ada sedikit makanan sekalipun, diutamakan dulu pada anak anak kecil yang masih taktahu apa itu kesusahan hidup. Apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan saudara kita di negara yang bergolak, besar sungguhnya bezanya. Kita hanya duji sedikit. Sangat besar ujian yang mereka hadapi namun dengan harapan dan doa kepada ALLAH sampai hari ini mereka takpernah berhanti berjuang.

Bersyukurlah.

Cukuplah sekadar itu aku rasa. Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan hati kita. Semoga juga ini menjadi peringatan kepada diri aku sendiri dan seluruh saudara saudari seagamaku yang aku sayangi.

Kenn Ickmal

*Penulisan adalah berdasarkan pendengaran khutbah, ceramah ceramah, perbualan, diskusi, sembang kedai kopi, pembacaan, dan pemerhatian aku sendiri, Mohon maaf andai ada yang bercanggah dan mengguris jiwa hingga ada yang luka tak bermaya.  


Friday, 14 August 2015

Warna 2K15


Phew lebih setengah tahun aku tak menulis sejak post terakhir pada November 2014. 
Sibuk kah?

Sibuk di buat buat adalah. Tapi macam orang kata lebih baik tak menulis daripada menulis sesuatu yang tak berkualiti ( macam menda yang aku tulis sekarang ni ) .

Separuh tahun ni kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa pahit manis namun yang paling terkesan di hati aku sebagai seorang warga MAS adalah pemberhentian 6K warga gerak gempur MAS baru baru ni. Jyeah, asalnya nasib trainee seperti aku juga ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam hari yang mendung nak hujan. Namun Alhamdulillah, Allah masih mempermudahkan segalanya. Walaupun agreement baru agak ehem ehemm namun aku dan kawan kawan tiada pilihan lain. Sekurangnya insya Allah kami kena bertahan sampai keluar buku merah.

Selain itu, kita juga diuji dengan isu GST, nilai matawang yang menjunam, Wan Emdibi dan lain lain. Tak perlula aku mengulas panjang pasal menda ni sebab dekat FB semua dah melambak lambak. Cuma, sekadar ingin merasakan perasaan malu dan terkilan dengan cara pak pak menteri menjawab tohmahan dan pertanyaan rakyat jelata. Aku rasa kadang kadang jawapan orang tua yang ngeteh kat kedai aku pagi pagi sambil hisap rokok daun tu pun lagi bernas dari jawapan menteri. 

Dah, malas dah aku nak sembang hal menteri ni. 

saiz badan masa kini. besor whoi.


Dan pada hari Jumaat yang mulia ini aku ingin berpesan kepada diri aku dan jemaah jemaah sekalian agar marilah kita semua bertaqwa kepada Allah. Laksanakan apa yang diperintah dan jauhkan diri dari laranganNya. Kerana kita makhlukNya yang lemah dan mudah lupa. Kerana kadang kadang kelapa muda pun turut gugur ke tanah tak sempat tua. Ada yang disambar kilat, digoncang ribut, ditebuk tungpai (tupai) dan tak kurang disebabkan tarikan medan graviti bumi yang berlaku secara semula jadi tanpa kusedari.

Sebenarnya, tujuan aku menulis pagi ni adalah sebagai muqadimah untuk aku kembali menulis tahun ini. Moga terdapat idea idea segar yang dapat kita kongsikan bersama sama, Walaupun mungkin populariti blog sekarang sudah tak seperti dulu namun perkongsian ilmu takkan pernah berhenti.

Dari buai ke lubang kubur.

HUHU.

Kenn Ickmal. 
Pagi Jumaat.
Kenyang, baru lepas membaham 2 butir benjoe.

Wednesday, 19 November 2014

Akhirnya dia bernikah




Ingat lagi malam itu. Tiba tiba lamunan aku terhenti. Aku berhenti memotong daging yang berterabur di depan aku. Aku melihat sekeliling. Terlihat suasana sibuk orang kampung ke sana sini. Ada yang memasak air gula, ada yang merebus telur, dan selebihnya ramai yang bersama aku di atas bangsal, memotong daging lembu yang ditumbangkan selepas isyak tadi. Aku termanggu, bagaimana aku boleh berada di sini, malam ini?

Ya esok walimatul urusnya si dia, dan aku di sini memerah keringat bersama orang orang kampung yang tak aku kenal dengan nama, cuma kenal dengan erti hormat dan tolong menolong. Ya esok harinya. Kagum sungguh aku dengan semangat rewang orang orang di kampung ini. Walaupun sekarang adat gotong royong untuk kenduri kendara sudah semakin dilupakan dek penangan pakej pakej katering, di sini penduduknya masih bersemangat bekerjasama melaksanakan tugas masing masing. Ya, sibuk untuk hari esok. Hari bersejarahnya.

Usai sempurna segalanya malam itu, aku lihat orang kampung mula beransur pulang walaupun ada lagi sesetengahnya yang masih berehat di tepi tangga kayu. Di mulut masing masing tak lepas dari gumpalan rokok daun, daun nipah mungkin. Asap dihembus berselang gelak ketawa kecil menghilangkan lelah malam itu. Ketawa kecil pengubat lena malam ini untuk bangun berkhidmat lagi hari esok.

Selamat pagi hari mulia, hari yang berbahagia.

Kanak kanak berlari riang. Bunga telur satu seorang di tangan. 
Orang ramai dan para jemputan mulai memenuhi ruang bahgia hari ini. Aku tampil ringkas, berbaju melayu cekak musang dan kopiah putih di kepala. Lagak seorang saudara dekat. Padahal aku juga orang asing pada hari itu. Tiba masanya mempelai diarak, dan aku melihat. 
Sungguh tampan, sungguh berseri, sungguh cantik. Oh inilah yang orang katakan seri pengantin baru mungkin. 

Apa ditunggu lagi, aku menghulur tangan tanda tahniah. Barakallah!
Selamat pengantin baru sahabatku. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

Barakallah barakallah barakallah! 

Thursday, 18 September 2014

Time in a bottle

" If I could save time in a bottle
The first thing that I'd like to do
Is to save every day till eternity passes away
Just to spend them with you

If I could make days last forever
If words could make wishes come true
I'd save every day like a treasure and then
Again, I would spend them with you

But there never seems to be enough time
To do the things you want to do, once you find them
I've looked around enough to know
That you're the one I want to go through time with

If I had a box just for wishes
And dreams that had never come true
The box would be empty, except for the memory of how
They were answered by you

But there never seems to be enough time
To do the things you want to do, once you find them
I've looked around enough to know
That you're the one I want to go through time with "



Masa sekarang terlalu laju untuk dikejar. Hari hari berlalu begitu pantas, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Tapi kita masih juga ditakuk lama. 

Masih terkejar kejar harta, wanita cantik dan pangkat dunia. Leka dengan kecanggihan duniawi, takut tak terkejar. Itulah kita.

Kalau hari ini kita insaf, bertaubat, namun esok kita mengulang dosa yang sama lagi.

Kalau lusa kita insaf lagi, hari seterusnya masih belum pasti.

Dan kita mula bertanya pada diri sendiri,

Kenapa kita jadi begitu?

Kenapa iman tak begitu kukuh?
kenapa iman naiknya kurang tapi jatuhnya banyak?

Sedang kita satu hari menangis mohon ampun padaNya, tapi esok tanpa segan silu mengulang dosa sama.

Sedekah dah kita ikhlaskan, senyum kita lemparkan, kayu dijalanan kita alihkan, pesan memesan sesama rakan kita amalkan, tapi di mana silap kita.

Alim kita hanya bila nak exam, bila susah, bila perit, bila rebah.

Bila senang, aku lah pandai, aku hebat aku study banyak aku bijak.

Sebenarnya kita lupa, kita lupa apa yang kita tengok setiap hari. Kita lupa apa yang kita makan setiap hari. Kita lupa apa yang kita ucap setiap hari.

Halal haram kita hanya pada anjing dan babi.

Selebihnya kita ingat makruh sahaja dalam hati.

Hebat kita jatuhkan hukum, senang sekali.


Sunday, 27 April 2014

Bukan okmo beleber

 Hujung minggu kali ni bagi aku antara yang paling tak produktif langsung. Sepatutnya masa senggang ni molek untuk study, exam jumaat ni kot. The second last formal exam untuk course aku ni. InsyaAllah after this tinggal one more formal exam and one more re-exam. Then aku boleh tinggalkan dunia yang fana di seberang sini.

    Dok tahu bakpe, ye mari takdok semangat nok study. herang gok. Nye wat pening pale la, dok sedak perut la. macang macang.. saing saing kata mungkin sebab lepas doh modul 11, jadi rase selesa tu sedak lajok, berase macang release molek. Ade betulnya, tapi benornya bahaya gok main gini, kalu dok lepas dua modul ngelast ni still dokleh nok gi practical beloh nung. Haishh berat tobak ah.

    Leni gok hujang saje petang petang, baguh benor tapi tu ar, memang wat ngulik tido ar. haha. Gane gane pum ujan tu tetap ujan rahmat op. :)


Tuesday, 8 April 2014

Akhirnya Aku Bernikah II


Pagi ini begitu indah. Bumi terang seperti lebih awal dari biasa. Ya hari ini hari yang besar untuk aku. Hari yang aku nanti namun juga hari yang aku takuti. Bukan takut kerana malu, tapi takut kalau andainya diri ini masih belum bersedia, masih belum mampu. Ah kalau bukan hari ini, entah bila lagi aku mahu katakan yang aku memang bersedia?
                Usai mandi dan solat subuh yang panjang, aku tepaku di sejadah, menghitung episod episod silam yang aku sendiri tak sangka begitu indah di akhirnya. Dulu aku bukanlah jenis yang percaya pada kuasa sabar. Bagi aku usaha itu perlu berterusan selagi apa yang kita mahu itu belum tercapai. Agi idup agi ngelaban. Namun akhirnya aku sedar, bila tiba sesuatu tahap, kita hanya perlu sabar dan berdoa. Benar usaha dan ikhtiar itu perlu, namun tanpa sabar, diri tak akan rasa tenang. Tanpa doa padaNya diri tak akan rasa tenteram.
             12 tahun bukan masa yang singkat. Saat aku tak dapat menerima dia pergi meninggalkan aku, aku rasa aku perlu terus mencuba. Mencuba hingga aku cukup gila untuk sedar yang aku makin membuat dia pergi jauh dari aku. Semua kerna jalan yang aku pilih, jalan yang tidak betul. Namun kegilaan aku masa itu menutup buta mata hatiku. Aku berlari mengejar dalam gelap, hingga tersadung melukakan diri sendiri dek akar akar tajam yang sentiasa menunggu masa dalam hutan kesesatan.
                Masa yang berlalu sedikit sebanyak mendewasakan diri ini. Kehadiran sahabat sahabat yang memimpin aku mengenal hidup, mengenal erti sebenar kehidupan. Sahabat yang membuka mata hati aku tentang apa tujuan hidup yang sebenar. Bukanlah semata mata mengejar dunia, tetapi mengejar apa yang dikatakan redhaNya.
                Aku mula bertatih mengenal dunia. Ternyata pusingan U ini memang sukar untuk digambarkan. Awalnya pedih namun akhirnya pasti. Namun rahmat tuhan yang mengkurniakan aku orang orang yang sentiasa menyokong teguh di belakang. Nasihat bertali arus menguatkan jiwa muda aku. Lahirlah aku semula sebagai seorang pemuda yang lebih bererti hidupnya.
                Selipar yang hilang pun dikenang kenang, inikan pula orang disayang. Cinta kuazamkan untuk dilafaz pada jalan yang benar. Walau saat itu tahun sudah banyak berlalu, peristiwa sudah banyak yang berlaku, aku percaya pasti ada hikmah untuk setiap yang sabar. Aku percaya pelan yang lebih baik tentu dari tuhanku, ya Rabb.
                 Lihatlah hari ini. Matahari bersinar cemerlang mengiringi kemenangan yang sedikit saja lagi akan aku kecapi. Kemenangan atas tiket kesabaran. Kemenangan yang aku tak pernah menyangka akan singgah lagi dalam rentetan hidup aku.
                Ah manis saja si dia bertimpuh di situ. Rasa malu aku tak terbendung lagi. Getarnya sampai ke kepala. Sejuk tanganku disambut kemas bakal ayah kedua.  Nafas ditarik dalam, sekali lafaz itu meluncur laju dari bibir. Alhamdulillah, dia milikku.


                Sabarlah, aku sudah milikmu.